Berita

The Eternals: Lakaran Konsep Celestial Mungkin Dedahkan 'Origin' Knowhere

Views

Pada Ogos yang lalu, Marvel Studios telah mendedahkan pandangan pertama Celestial dari filem The Eternals di Expo D23. Kini, peminat dapat melihat dengan lebih dekat makhluk purba dari komik Marvel itu selepas pihak studio mendedahkan gambar terbaru semasa perbentangan perancangan syarikat untuk tahun 2020.

Apa yang menariknya, gambar tersebut mirip seperti peninggalan makhluk Celestial yang menjadi tempat perlombongan dikenali sebagai 'Knowhere' sepertimana yang ditunjukkan dalam filem Guardians of the Galaxy. Anda boleh saksikan perbandingan gambar dibawah.

The Eternals dikatakan menjadi prekuel kepada MCU yang menjangkau tempoh masa 7000 tahun kebelakang. Jadi tidak mustahil peminat dapat mengentahui asal usul Knowhere.

Diarahkan oleh Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie, Richard Madden, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Lia McHugh, Don Lee, Barry Keoghan, Gemma Chan dan Kit Harington.

Filem fasa 4 Marvel ini akan menemui penonton pada 6 November tahun hadapan.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks