Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Eternals: Kostum Thena, Sersi, & Phastos Didedahkan Kepada Umum


Terima kasih kepada Mail Online kerana memberikan gambar-gambar terbaru dari set penggambaran filem Marvel akan datang iaitu The Eternals. Gambar tersebut memaparkan pandangan pertama sut yang dipakai karakter Thena (Angelina Jolie), Sersi (Gemma Chan), dan Phastos (Brian Tyree Henry).

Walaupun agak kabur, peminat sekurang-kurangnya boleh mendapat gambaran kostum yang akan ditunjukkan dalam filem akan datang. Anda boleh saksikannya dibawah.

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Mereka akan turut disertai, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, berkemungkinan The Eternals akan berlatarbelakangkan kota purba Babylon yang wujud ribuan tahun dahulu.

Filem ini diarahkan oleh Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo. Marvel Studios telah menetapkan tarikh tayangan The Eternals pada 6 November tahun hadapan.



Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee