Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE ETERNALS Bakal Menampilkan Tarian Bollywood


Dalam temuramah terbaru bersama podcast New Hollywood, bintang The Eternals, Kumail Nanjiani telah mendedahkan butiran terbaru mengenai karakter Kingo lakonannya. Menurut aktor tersebut, dia kini sedang menghadiri kelas tarian bagi menyediakan diri untuk satu babak besar, dan babak tersebut berkemungkinan akan menampilkan tarian Bollywood.

Kumail juga turut mengesahkan bahawa karakter lakonannya itu akan sama seperti karakter dalam komik asal, dimana Kingo sememangnya adalah bintang filem. Cuma perbezaannya adalah, dalam filem MCU yang akan datang, Kingo akan menjadi bintang filem Bollywood yang terkenal.

“A lot of it takes place in the present day,”

“My character, for instance, is like ‘OK we’re supposed to keep a low profile, no one should know.’ So I become a Bollywood movie star, that’s my secret identity. We’re supposed to keep quiet and I’ve become the biggest Bollywood movie star.”

Najiani seterusnya menjelaskan betapa pentingnya adegan tarian Bollywood itu, dan mendedahkan bagaimana dia teruja dengan kepelbagaian dan inklusif di mana kira-kira 50 pelakon Asia Selatan boleh hadir dalam satu adegan untuk filem yang berbudget besar.


“I remember the first time I went to rehearsal I walked in and there were all these South Asian people… I was so moved immediately. I was like, ‘Oh my God, we went from none of us [in the Marvel Cinematic Universe] to so many in one scene.”

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berdasarkan sinopsis yang dedahkanThe Eternals akan ditetapkan dalam dua era berbeza iaitu berlatarbelakangkan kota purba Babylon yang wujud ribuan tahun dahulu dan era selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Diarahkan Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, filem kedua fasa 4 MCU ini akan menemui penonton pada 6 November ini.  The Eternals kini sedang menjalani penggambaran di London.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee