
The Equalizer 3 yang diterajui Denzel Washington telah mengatasi semua persaingan box office domestik AS apabila mengaut AS$42 juta dalam tempoh 4 hari tayangan pembukaannya, dengan AS$34.5 juta telah diraih dalam tempoh tiga hari.
Menurut Deadline, ansuran terbaru itu menyamai rekod 3 hari tayangan pembukaan dua filem terdahulu iaitu The Equalizer 2 yang mengutip AS$36 juta dan lebih sedikit dari filem pertama yang mengutip AS$34 juta.Ā
Berdasarkan rekod lakonan Washington, The Equalizer 3 menjadi filem kelima dengan kutipan pembukaan tertinggi, hanya dibelakang ($43.5juta), Safe House ($40.1 juta), The Equalizer 2, dan The Magnificent Seven ($34.7 juta)
Di pasaran antarabangsa, The Equalizer 3 telah mengaut AS$68 juta pada minggu pembukaan, dan penganalisis menjangkakan filem itu mampu mengaut AS$190 juta sepanjang tayangannya.Ā
Sementara itu, filem epik Christopher Nolan menambah kutipan AS$3.4 juta di pawagam IMAX. Filem terbaru Nolan itu kini menjadi filem ketiga yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun ini, dengan mengumpul AS$852,9 juta, sekaligus menolak Guardians of the Galaxy Vol. 3 ke tangga keempat dengan kutipan AS$845.5 juta.Ā
Ia juga menjadi filem R-Rated yang mendapat kutipan kedua tertinggi sepanjang zaman, hanya dibelakang Joker yang mengutip AS$1.075 billion.
The Equalizer 3 kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.