Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

The Doll Review

the-doll

Genre: Seram
Pengarah: Rocky Soraya
Penerbit: Rocky Soraya
Penulis Skrip: Rocky Soraya
Pelakon: Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto dan Demian Aditya
Syarikat Produksi: Hitmaker Studio
Edaran:

The Doll, sebuah filem seram Indonesia arahan Rocky Soraya dan dibintangi beberapa pelakon Indonesia seperti Shandy Aulia, Denny Sumargo, Sara Wijayanto dan Demian Aditya. Filem ini telah ditayangkan di Indonesia pada bulan Oktober yang lalu dan sedang dimainkan di pawagam-pawagam tanah air.

Filem seram yang mirip seperti filem Annabelle ini mengisahkan patung berpuaka yang telah menganggu sepasang suami isteri iaitu Anya dan Daniel dan ingin membalas dendam terhadap pasangan tersebut disebabkan kisah lampau yang disimpan secara rahsia oleh salah seorang daripada pasangan itu.

anya-daniel-the-doll

Ianya bermula apabila Daniel yang bekerja sebagai kontraktor telah mengarahkan pekerjanya untuk memotong sebatang pokok yang menjadi tempat tinggal hantu berkenaan. Pokok tersebut terdapat sebuah patung yang dikatakan berpuaka.

Tidak mengendahkan kegusaran pekerjanya, Daniel berkeras untuk memotong pokok berkenaan sehingga menyebabkan hantu berkenaan mengikutinya sehingga ke rumah. Semasa dirumah, Daniel telah membuka bonet keretanya dan terkejut patung berkenaan berada dalam kenderaannya.

Anya yang meminati patung meminta kebenaran Daniel untuk menyimpan patung berkenaan. Sejak dari itu mereka telah diganggu oleh puaka yang terdapat dalam patung tersebut.

anya-the-doll-1

Diawal sehinggalah pertengahan cerita bagi kami memang sangat menarik. Element-element seram dan thriller seperti kita menonton filem seram Jepun, namun keadaan bertukar menjadi hambar pada 30 minit terakhir filem.

Kami jangkakan mereka akan melawan hantu seperti mana kita melihat dalam filem – filem seram yang lain, sekurang-kurangnya seperti filem Munafik, tapi apa disajikan seperti menonton drama sinetron, pujuk rayu, kata-kata cinta dan berdoa sambil menadah tangan.

Malah, ustaz-ustaz dalam filem ini seolah tidak seperti ustaz, tapi lebih kepada pawang menghalau hantu. Lebih kelakar, babak kelawar menyerang ustaz-ustaz dan pasangan tersebut membuatkan kami terpikir apa kaitannya kelawar tersebut dengan hantu berkenaan.

daniel-the-doll

Jika anda menonton filem ini, banyak element-element khurafat ditunjukan seperti memuja patung, penggunaan colok, roh bertukar menjadi hantu dan macam-macam lagi.

Tidak dinafikan, The Doll berjaya menghasilkan element seram dalam filem mereka dengan cukup berkesan, cukup untuk membuatkan anda menjerit dan menutup mata. Cuma storyline filem telah merencatkan kehebatan filem ini.

Semasa kami menoton filem ini, terdapat beberapa babak yang dipotong dengan ketara, mungkin kerana babak tersebut terlalu sensitif untuk ditonjol di sini.

Secara keseluruhannya, The Doll berjaya membuatkan kami terkejut, tapi perjalanan cerita yang lemah telah menyebabkan filem ini layak menerima hanya 3 dari 5 bintang dari kami.

Related posts

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Qorin (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment