
Filem adaptasi “The Division” telahpun dibangunkan sejak 2018, tetapi sehinggakini ia masih tidak dapat menjalani penggambaran disebabkan kesibukan pengarah “John Wick”, David Leitch yang terlibat dengan pelbagai projek.
Dalam perkembangan terbaru, Leitch terpaksa melepaskan kerusi pengarah kepada Rawson Marshall Thurber, tetapi masih kekal sebagai penerbit filem.
Pelakon Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain masih kekal sebagai pelakon utama, begitu juga Rafe Judkins (Wheel of Time) yang menjadi penulis lakonlayar dibawah selian Letch.
“The Division” diadaptasi dari permainan video “Tom Clancy’s The Division”, yang juga merupakan salah satu harta intelek novelis Tom Clancy. Permainan video itu telah mencipta rekod semasa ia dilancarkan, dan sekuelnya masih kekal popular sejak ia dilancarkan pada Mac 2019.
Plot filem ditetapkan pada zaman hadapan dimana jutaan manusia telah mati disebabkan penyebaran virus melalui duit kertas semasa hari Black Friday. Menjelang hari Krismas, keadaan telah menjadi huru-hara. Sekumpulan orang awam, yang telah dilatih untuk menghadapi bencana besar seperti ini, telah diaktifkan untuk menyelamatkan saki baki penduduk.
“The Division” diterbitkan Ubisoft Motion Pictures, dan Netflix akan menjadi pengedar Buat masa ini, tarikh tayangan masih belum diumumkan pihak studio.