Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Drama tvN The Devil Judge mendapat tempat pertama dalam slot waktunya malam semalam.

Pada 25 Julai, rating penonton The Devil Judge kekal kukuh. Menurut Nielsen Korea, drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 5.5 peratus untuk episod terbaru, sekaligus menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel.

Sementara itu, drama TV Chosun Love (ft. Marriage and Divorce ) 2 tidak keudara semalam bagi meningkatkan kualiti drama. Drama tersebut telah mencipta rekod peribadi pada Sabtu yang lalu dengan rating sebanyak 13.2 peratus untuk episod terbaru. Rancangan Love (ft. Marriage and Divorce ) 2 akan kembali bersambung pada 1 Ogos ini. 

Akhir sekali, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters mengalami penurunan penilaian yang mendadak setelah ditayangkan dalam slot waktu yang berbeza daripada biasa kerana liputan Olimpik Musim Panas 2020. Drama ini mendapat penilaian purata 20.0 peratus, penurunan ketara berbanding rating 30.1 peratus pada episod minggu lalu.

Sumber: Soompi

Related posts

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment