Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Devil Judge” Capai Rating Tertinggi Setakat Ini


Rating drama The Devil Judge meningkat ke tahap tertinggi malam semalam.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama tvN itu telah merekodkan purata rating sebanyak 6.9 peratus, sekaligus menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel, dan mencipta rekod peribadi drama tersebut.

Sementara itu, dengan tinggal hanya satu episod sahaja lagi, drama JTBC Nevertheless menyaksikan peningkatan rating menjelang siri ‘finale’nya. Episod terbaru drama itu telah merekodkan purata rating sebanyak 1.4 peratus. 

Drama romantik terbaru MBC Check Out the Event, yang dibintangi anggota Girl’s Day, Minah dan Kwon Hwa Woon, telah membuka siarannya dengan mencatatkan purata rating sebanyak 1.0 peratus. 

Akhir sekali, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters meneruskan penguasaannya sebagai program yang ramai penonton pada hari Sabtu dengan mencatatkan rating sebanyak 28.2 peratus.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee