
Drama terbaru tvN The Devil Judge memulakan episod pertamanya dengan rating kukuh.
Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama terbaru lakonan Ji Sung dan Kim Min Jung itu telah mencatatkan skor rating sebanyak 5.6 peratus. The Devil Judge telah menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran, termasuklan di rangkaian awam.
Dengan hanya tinggal satu episod sahaja lagi, drama MBN Bossam: Steal the Fate sekali lagi memecahkan rekodnya sendiri untuk rating drama paling tinggi yang dicapai dalam sejarah MBN. Episod terbaru drama sejarah itu telah merekodkan purata rating sebanyak 9.4 peratus.
Satu lagi drama tvN, Voice 4 turut menunjukkan tren menaik dalam jumlah penontonnya. Episod terbaru drama tersebut telah memperoleh purata rating sebanyak 4.0 peratus, menandakan penilaian tertinggi untuk musim ini.
Drama TV Chosun Love (ft. Marriage and Divorce) 2 turut mencapai jumlah penilaian penonton tertinggi setakat ini. Episod terbaru drama tersebut telah memperoleh penilaian purata sebanyak 8.9 peratus, menandakan peningkatan ketara berbandingan episod sebelumnya pada minggu lalu.
Nasib tidak menyebelahi drama JTBC, Nevertheless apabila menyaksikan penurunan jumlah penonton untuk episod ketiga, dengan mencatatkan purata rating sebanyak 1.2 peratus.
Akhir sekali, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters kekal menjadi program yang paling banyak penonton, di semua saluran pada hari Sabtu, dengan skor purata sebanyak 27.9 peratus.