Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Devil Judge” Berakhir Dengan Rating Tertinggi


Drama tvN The Devil Judge mengakhiri rancangan dengan jayanya.

Pada 22 Ogos, drama popular lakonan Ji Sung, Jinyoung dan Kim Min Jung telah mencapai penilaian penonton tertinggi sepanjang siarannya untuk episod terakhir. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), siri finale The Devil Judge merekodkan purata rating sebanyak 8.0 peratus dan kemuncaknya sebanyak 10.1 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi siri tersebut.

Selain itu juga, The Devil Judge menduduki tangga pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel, dan mencatatkan rating sebanyak 4.0 peratus dan kemuncak 5.2 peratus dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun.

Sementara itu, drama KBS 2TV Revolutionary Sisters sekali lagi melepasi rating 30 peratus. Episod terbaru drama tersebut merekodkan purata rating 31.0 peratus, meneruskan penguasaannya sebagai program televisyen yang ramai penonton pada siaran hari Ahad.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee