Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

The CW Umumkan Siri Terbaru Superman & Lois

TVLine melaporkan bahawa The CW kini sedang dalam proses membangunkan siri spinoff Supergirl berjudul Superman & Lois yang akan dibintangi Tyler Hoechlin dan Elizabeth Tulloch sebagai Clark Kent/Superman dan Lois Lane. Hoechlin sebelum ini muncul sebagai Man of Steel dalam dua episod awal Supergirl musim kedua dan akan meneruskan wataknya dalam siri crossover akan datang berjudul Crisis on Infinite Earths. 

Siri terbaru Superman & Lois ini dicipta oleh penerbit eksekutif The Flash, Todd Helbing. Siri ini juga akan diterbitkan oleh pencipta DC TV Universe, Greg Berlanti, Sarah Schechter dan Geoff Johns.

Ditulis oleh Helbing, Superman & Lois akan berkisarkan tentang adiwira yang paling dikenali di seluruh dunia iaitu Superman dan wartawan terkenal, Lois Lane dimana mereka berdua perlu menangani semua tekanan, kesukaran dan kerumitan dengan menjadi ibu bapa yang bekerjaya dalam masyarakat hari ini. Dalam crossover Elseworlds yang lalu, Kara telah melawat Clark dan Lois di Kent Farm dan menunjukkan Lois sedang mengandung anak sulung mereka.

Selain Superman & Lois, The CW juga sedang membangunkan episod pilot Green Arrow & the Canariesyang juga merupakan spin off kepada siri Arrow.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee