
The CW telah mengucapkan selamat tinggal kepada dua rancangan Arrowverse popular mereka.
Legends of Tomorrow, spin off Arrow dan Flash yang memfokuskan pada adiwira yang menggembara melalu masa dan menyelamatkan realiti, telah dibatalkan, begitu juga dengan siri baharu, Batwoman. Berita pembatalan itu diketahui pada minggu ini.
Legends of Tomorrow telah menjadi sebahagian kepada Arrowverse sejak 2016 dan mengandungi 110 episod dari 7 musimnya. Dengan banyak pelakon telah masuk dan keluar sejak beberapa tahun yang lalu, hanya Sara Lance satu-satunya pelakon asal yang masih kekal dengan rancangan itu.
Thank you to our fans; your love and passion for our strange band of misfits has made every break, every script, every daily, every cut, and every mix worth all the hard work. We see you, we love you, and you’ll always have a place on the Waverider. ❤️
— Keto Shimizu (@ketomizu) April 30, 2022
Batwoman telah ditayangkan pada 2019 selepas watak Kate Kane, lakonan Ruby Rose, diperkenalkan dalam peristiwa ‘crossover’ Elseworlds pada awal tahun tersebut. Susulan pengunduran Rose pada penghujung musim pertama, rancangan itu menggantikan watak utama dengan watak baharu, Ryan Wilder, lakonan Javicia Leslie.
Ryan mengambil-alih peranan ‘Caped Crusader’ selepas Kane dianggap hilang, rancangan itu kemudian menceritakan tentang pemergian Kane, dengan Wallis Day menggantikan tempat Rose untuk baki musim kedua.
Ketika musim ketiga keudara baru-baru ini, Rose tampil membuat pendedahan tentang keadaan di sebalik belakang tabir rancangan itu, termasuk gangguan seksual dan keadaan kerja yang tidak selamat.
It has been an honor. Thank you! 🦇 pic.twitter.com/OjbDfXD0YE
— Javicia Leslie (@JaviciaLeslie) April 29, 2022
Legends of Tomorrow dan Batwoman berakhir dalam keadaan tergantung, tetapi terdapat dua lagi rancangan Arrowverse yang berlangsung, iaitu The Flash dan Superman & Lois. Kedua-dua rancangan itu telah mengesahkan musim kesembilan dan ketiga.