Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Conjuring: The Devil Made Me Do It & Space Jam: A New Legacy Akan Ditayangkan Secara Eksklusif di HBO GO

Dua filem terbaru Warner Bros., The Conjuring: The Devil Made Me Do It dan Space Jam: A New Legacy akan ditayangkan secara eksklusif di HBO GO.

Berdasarkan salah satu kes sensasi dari fail penyiasat paranormal sebenar Ed dan Lorraine Warren, The Conjuring: The Devil Made Me Do It akan memulakan tayangannya pada Jumaat ini, 27 Ogos. Minggu berikutnya, iaitu pada 3 September, juara bola keranjang dan ikon global LeBron James akan melakukan penggembaraan epik bersama Bugs Bunny dan Looney Tunes dalam filem sekuel Space Jam: A New Legacy. 

The Conjuring: The Devil Made Me Do It meneroka cerita seram yang menakutkan, kes pembunuhan dan kejahatan yang memberi kejutan kepada penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warrren. Kedua-dua pasangan tersebut terlibat dalam siasatan satu kes pembunuhan dimana seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama. Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, suspek utama mendakwa dirinya dirasuk syaitan dalam usaha mempertahankan diri semasa perbicaraan di mahkamah.

James Wan dan Peter Safran kembali bekerjasama sebagai penerbit, manakala pengarah The Curse of La LloronaMichael Chaves akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick. Richard Brener, Dave Neustadter, Victoria Palmeri, Michael Clear, Judson Scott, dan Michelle Morrissey menjadi penerbit eksekutif filem ini. 

Space Jam: A New Legacy menyaksikan LeBron dan anak lelakinya Cole, yang mempunyai cita-cita untuk menjadi pembangun permainan video, terperangkap dalam dunia digital disebabkan oleh algoritma penyangak bernama Al-G Rhythm. Bintang sukan itu harus memimpin Bugs Bunny , Daffy Duck, Porky Pig, Lola Bunny dan watak Tunes lain yang tidak berdisiplin untuk menewaskan pemain digital Al-G di gelanggang bola keranjang dalam usaha untuk pulang dan menyelamatkan dunia. 

Selain James, Space Jam: A New Legacy turut menampilkan pemain bola kerajang NBA serta bintang The Walking Dead, Sonequa Martin-Green sebagai isterinya, Kamiyah dan pelakon Avengers: Endgame, Don Cheadle sebagai Al-G. 

James turut berfungsi sebagai penerbit bersama penulis/pengarah Black Panther Ryan Coogler, Maverick Carter dan Duncan Henderson, manakala Sev Ohanian, Zinzi Coogler, Allison Abbate, Jesse Ehrman, Jamal Henderson, Spencer Beighley, Lin, Nance dan Ivan Reitman menjadi penerbit eksekutif. 

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment