Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Conjuring 3 Dianjak Dari September Ke 2021

Filem The Conjuring: The Devil Made Me Do I telah dianjak tarikh tayangannya dari 11 September ke tahun hadapan. Bagaimanapun, studio New Line Cinema masih belum menetapkan tarikh baru.

The Conjuring: The Devil Made Me Do It  meneroka cerita seram yang menakutkan, kes pembunuhan dan kejahatan yang memberi kejutan kepada penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warrren. Kedua-dua pasangan tersebut terlibat dalam siasatan satu kes pembunuhan dimana seorang kanak-kanak lelaki telah menjadi suspek utama. Pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, suspek utama mendakwa dirinya dirasuk syaitan dalam usaha mempertahankan diri semasa perbicaraan di mahkamah.

James Wan dan Peter Safran kembali bekerjasama sebagai penerbit, manakala pengarah The Curse of La Llorona, Michael Chaves akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick. Richard Brener, Dave Neustadter, Victoria Palmeri, Michael Clear, Judson Scott, dan Michelle Morrissey bertindak selaku penerbit eksekutif.

The Conjuring: The Devil Made Me Do It menjadi filem ketujuh dalam Conjuring Universe, francais filem terbesar dalam sejarah Hollywood, dan telah menjana $1.8 juta dolar seluruh dunia. Francais tersebut termasuklah dua filem awal Conjuring serta Annabelle, Annabelle: CreationThe Nun, dan Annabelle Comes Home.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating