Genre: Animasi / Komedi
Pengarah: Tom McGrath
Pelakon: Alec Baldwin, Kevin Spacey, Will Arnett
Edaran: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Durasi: 97 minit
Klasifikasi: PG13
*Amaran Spoiler*
Apa akan berlaku sekiranya anda adalah anak tunggal yang disayangi oleh ibubapa tiba-tiba mempunyai seorang adik yang merosakkan segala kebahagian yang anda rasai dari ibubapa anda? Pasti anda akan rasa cemburu dengan tumpuan yang diberikan oleh ibubapa kepada adik anda.
Itulah yang ditunjukkan dalam filem animasi terbaru Dreamwork Animation dan 20th Century Fox, The Boss Baby. Filem animasi ini diadaptasikan buku cerita bergambar bertajuk The Boss Baby yang dikeluarkan pada tahun 2010 dan dihasilkan oleh Marla Frazee.
Diarahkan oleh Tom McGrath, filem animasi The Boss Baby ini dibintangi oleh beberapa pelakon utama yang membawa suara beberapa watak dalam filem ini antaranya Alec Baldwin yang membawakan karakter The Boss Baby, Miles Christopher Bakshi yang membawa karakter Tim Templeton dan Steve Buscemi yang membawa watak antagonis, Francis E. Francis, CEO company Puppy. Co. Selain itu juga, Tobey Maguire (Tim semasa dewasa & Narrator), Jimmy Kimmel dan Lisa Kudrow juga turut menyumbang suara dengan Jimmy dan Lisa membawa karakter Ted dan Janice Templeton.
The Boss Baby sememangnya filem animasi dan sesuai untuk kanak-kanak tetapi kebanyakkan humor dan dialog dalam filemnya hanya dapat difahami oleh orang dewasa, malah terdapat juga beberapa humor yang dikatakan agak rude dan kasar. Inilah punca kenapa filem ini di klasifikasikan sebagai PG-13. Selain itu juga, humornya sebenarnya agak cliche dan tiada beza dengan filem-filem animasi yang lain, banyak humor datang dari pergerakkan badan karakter berbanding dialog-dialog yang diucapkan oleh pelakon, apapun ia tetap dapat menghasilkan gelak ketawa dikalangan penonton walaupun tidak sampai tahap mengalirkan air mata menahan ketawa.
Walaupun diawal filem The Boss Baby menunjukan persengketaan diantara abang dan adik, Si abang cemburu dengan kehadiran orang baru dalam keluarganya dan menunjukkan ibubapa mengabaikan anak sulung mereka kerana terlampau memberi tumpuan kepada si bayi. Namun dipertengahan dan dipenghujung filem, ia telah memberikan satu mesej positif kepada penonton terutamanya kepada kanak-kanak yang menontonya agar sentiasa berbaik-baik diantara adik beradik dan juga kebaikkan bekerjasama diantara satu sama lain.
Storytelling filem ini juga sebenarnya agak complicated bagi kanak-kanak, tapi bagi orang dewasa, ianya boleh diterima dan sesuai untuk ditonton oleh orang dewasa. Ibarat seperti menonton filem espionage versi ringan. Kombinasi storytelling untuk orang dewasa dan visual berwarna warni, karakter bayi dan body humor yang dibuat khas untuk kanak-kanak, kedua-dua golongan ini akan merasa kepuasan apabila menonton filem The Boss Baby, kiranya “win-win situation” seperti yang diucapkan oleh adik Tim dipenghujung filem.
Bagi peminat yang meminati gaya lakonan dan suara Alec Baldwin, anda boleh tonton filem ini dan lihat telatah karakter The Boss Baby. Performance beliau dalam filem ini boleh dianggap OK walaupun kadang kala agak bosan dengan humor clichenya dan mendatar. Tapi jika mahu dibandingkan dengan prestasi Miles Christopher Bakshi, Miles boleh diberi lebih bintang berbanding Alec.
Secara keseluruhanya, filem The Boss Baby merupakan satu filem animasi yang bagus untuk ditonton oleh ibu bapa dan anak-anak mereka. Ia bukan sahaja memaparkan satu mesej positif kepada audience, ia juga dapat mendekatkan hubungan kekeluargaan kepada penonton apabila mereka menontonnya bersama-sama. The Boss Baby filem yang fun dan enjoy, kami menyarankan kepada anda yang berkeluarga agar menonton bersama-sama anak anda.
Rating: 7/10