Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

THE BATMAN: Tonton Video Klip Selina Kyle/Catwoman Lakonan Zoe Kravitz

Klip video The Batman arahan Matt Reeves telah bocor di internet dan media sosial. Video berdurasi 60 saat itu membawa penonton melihat aksi Selina Kyle aka Catwoman yang cuba membuka peti keselamatan. Selain itu juga, ia turut memaparkan rakaman dari trailer pertama serta beberapa rakaman belakang tabir.

Anda boleh tonton klip video tersebut dibawah. 

The Batman ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU. Filem ini memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan. 

Filem terbaru Warner Bros. DC ini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment