Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman Tiada Potongan R-Rated, Hanya PG-13 – Matt Reeves

Apabila klasifikasi filem The Batman arahan Matt Reeves diumumkan sebagai PG-13, peminat tertanya-tanya adakah versi lebih gelap, potongan ‘R-rated’ akan dirilis dalam bentuk fizikal seperti blu-ray/DVD. Menurut pengarahnya, versi tersebut tidak wujud sama sekali. 

“Dalam fikiran saya, filem itu sentiasa menjadi tontonan yang menarik, edgy, noir, mendebarkan iaitu PG-13,” kata Reeves dalam temu bual dengan Den of Geek.


“Itulah yang selalu berlaku, tetapi saya sentiasa tahu bahawa kami akan menolak ke had dari apa yang boleh berlaku, jadi kami tidak perlu memiliki apa-apa potongan. Bahan promosi yang anda lihat, ia mencerminkan sepenuhnya nada filem itu.”

Reeves juga berkata, memandang filem itu dirancang sebagai tonton PG-13, tidak akan ada “Reeves Cut” atau apa-apa seperti itu. “Filem ini tiada potongan istimewa, seperti “Oh ya, inilah rating R yang anda sangat inginkan,” katanya. 

“Saya tidak perlu tiba-tiba mula memotong filem secara drastik atau apa-apa seperti itu.”

The Batman diarahkan oleh Matt Reeves dari skrip yang ditulis olehnya bersama dengan Peter Craig. Filem adiwira terbaru DC itu akan menyaksikan Robert Pattinson menyarung mantel Dark Knight.

Turut menyertai barisan pelakon adalahZoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

 

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment