Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman Telah Memulakan Penggambaran Di London


Filem terbaru Warner Bros. / DC, The Batman telahpun memulakan penggambarannya di London. Pekara tersebut didedahkan salah seorang pelakonnya iaitu Jeffrey Wright yang mana dia telah memuatnaik beberapa keping gambar di lokasi penggambaran menerusi laman Twitter miliknya.

Anda boleh saksikan gambar-gambar lokasi penggambaran dibawah.

https://twitter.com/100Jordanlee/status/1213821878084788227?s=20

Robert Pattinson akan memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.  Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, bagaimanapun watak mereka masih lagi tidak didedahkan.

The Batman diarahkan Matt Reeves berdasarkan skrip yang ditulisnya bersama Mattson Tomlin. Warner Bros. dan DC telah menetapkan tarikh tayangan filem superhero mereka ini pada 25 Jun 2021



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee