
Pandemik COVID-19 benar-benar memberi impak kepada penggambaran “The Batman“. Selepas terhenti beberapa kali disebabkan penularan penyakit dikalangan kru termasuklah bintang utamanya, Robert Pattinson, akhirnya filem arahan Matt Reeves itu telahpun selesai menjalani penggambaraan.
Bagi mengabdikan memorinya, Reeves telah kongsikan gambar belakang tabir pada hari terakhir penggambaran kepada peminat. Anda boleh lihatnya dibawah.
“The Batman” ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak berkait dengan DCEU. Ia akan menceritakan tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membuka sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan.
The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.
Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan “The Batman” pada 4 Mac 2022.