Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman: Media Britain Dedah Pandangan Pertama Gotham City & Batcave

Beberapa gambar terbaru The Batman telah didedahkan media Britain Mail Online, memaparkan krew filem sedang membina set penggambaran, dipercayai Bandar Gotham dan pandangan luar Batcave. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah. Untuk gambar-gambar lain, anda boleh klik pautan Mail Online. 

Dalam sesi panel DC FanDome yang lalu, pengarah Matt Reeves telah mendedahkan beberapa butiran lanjut mengenai filem terbarunya itu antaranya, The Batman tidak berkaitan dengan DCEU dan ianya berada dalam dunianya sendiri. Selain itu juga, filem ini akan menceritakan tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membuka sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan.  


The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan menemui penonton pada 3 April 2022

Related posts

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Leave a Comment