Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman: Matt Reeves Mahukan Pelakon Bukan Kulit Putih Untuk Peranan Catwoman


Sebelum ini, kami telah mengeluarkan artikel mengenai perjumpaan aktor Mahershala Ali dengan pengarah The Batman, Matt Reeves yang berkaitan dengan watak Commissioner Jim Gordon.

Kali ini, khabar angin terbaru dari Hollywood mendedahkan kriteria pelakon yang sedang dicari oleh Reeves untuk karakter Selina Kyle/Catwoman pula.

Sementara bintang filem Hobbs & Shaw, Vanessa Kirby dikaitkan dengan peranan Catwoman, difahamkan pilihan utama Reeves untuk watak tersebut adalah pelakon Zoe Kravitz. Namun, pelakon filem Fantastic Beast itu tidak dapat menerima tawaran tersebut disebabkan masalah jadual penggambaran, dan membuatkan Reeves terpaksa memikirkan alternatif yang lain.

Walaupun masih belum mendapat pelakon yang sesuai untuk watak antihero tersebut, sekurang-kurang peminat dapat menjangkakan kriteria pelakon yang sedang dicari oleh Reeves, iaitu sama ada pelakon kulit hitam ataupun biracial.

Setakat ini, tidak diketahui apakah watak yang bakal muncul dalam filem The Batman. Apa yang didedahkan di media-media hiburan setakat ini hanya boleh dianggap sebagai khabar angin kerana ianya masih belum diumumkan secara rasmi (Kecuali Robert Pattinson sebagai Batman).


Ini bukan pertama kali karakter Catwoman dilakonkan oleh pelakon bukan kulit putih. Sebelum ini aktres Eartha Kitt dan Halle Berry telah memainkan peranan tersebut di kaca televisyen dan juga filem. Jadi, tidak mustahil jika Reeves mempunyai visi yang berlainan dengan mencari aktres selain kulit putih untuk peranan tersebut.

Apapun kita nantikan perkembangan lanjut mengenai filem The Batman, dan peminat mungkin dapat mengentahui senarai penuh watak / pelakon sebaik sahaja produksi filem ini bermula pada musim sejuk akan datang.

Sumber: Heroic Hollywood


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee