Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE BATMAN: Matt Reeves Kongsikan Gambar Pertama Batmobile!

Selepas mendedahkan sut terbaru Batman untuk filem The Batman, pengarah Matt Reeves telah kongsikan beberapa lagi gambar menarik buat para peminat filem superhero DC khususnya Batman.

Menerusi hantaran terbaru di laman Twitter miliknya, Reeves kongsikan kepada peminat kenderaan Batmobile yang akan digunakan Batman lakonan Robert Pattinson. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál

Setakat ini, plot filem masih lagi belum didedahkan, tetapi berdasarkan laporan dari media antarabangsa, The Batman akan meneroka tahun-tahun awal Bruce Wayne sebagai Batman.

Filem terbaru DC ini ditulis oleh Reeves bersama-sama Mattson Tomlin. Penggambaran kini sedang giat dijalankan, dan bakal menemui penonton pada 25 Jun 2021.

Related posts

Riot Games & Netflix Dedahkan Poster Karakter “Arcane” & Barisan Pelakon Suara

Kakimuvee

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Leave a Comment