Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman: Jonah Hill Meminta Bayaran Dua Kali Ganda Dari Yang Diterima Robert Pattinson


Tidak sampai 24 jam berita mengenai penglibatan dua nama besar Hollywood dalam filem The Batman, kini sudah terdapat perkembangan terbaru yang mungkin hangat dikalangan peminat-peminat Batman.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, aktor Jeffrey Wright dan Jonah Hill dikhabarkan sedang dalam rundingan untuk terlibat dalam filem The Batman. Wright dikaitkan dengan watak Commissioner Jim Gordon, manakala Hill dilaporkan bakal memainkan peranan sebagai musuh Batman.

Apa yang menariknya, rundingan diantara Hill dan pihak studios sebenarnya sudahpun bermula sejak empat minggu yang lalu, dan kedua-dua pihak sedang bermain ‘tarik-tali’ mengenai bayaran yang perlu dibuat.

Menurut perkongsian dari wartawan Variety dilaman Twitter, Hill meminta bayaran sebanyak $10 juta untuk watak misteri dalam filem The Batman – jauh lebih tinggi dari diterima oleh Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai Bruce Wayne / Batman. Bagaimanapun, ia masih dianggap khabar angin memandangkan perbincangan diantara Hill dan Warner Bros. masih lagi berlangsung.

https://twitter.com/krolljvar/status/1176266358331334656?s=20


The Batman hanya akan memulakan penggambarannya apabila senarai pelakon telah lengkap, dan dijangka ia akan bermula pada tahun hadapan. Pihak studio telah menetapkan tarikh tayangan iaitu pada 25 Jun 2021.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee