Pandemik COVID-19 masih lagi menjadi ancaman kepada manusia, tetapi kehidupan terpaksa diteruskan dengan mempraktikan normal baru.
Selepas beberapa bulan terhenti, nampaknya beberapa produksi Hollywood bersiap-sedia untuk meneruskan kembali aktiviti penggambaran.
Menurut laporan The Guardian, dua produksi filem dari studio Warner Bros. iaitu The Batman dan Fantastic Beast 3 bakal meneruskan kembali aktiviti penggambaran tidak lama lagi di UK selepas mendapat kebenaran dari pihak kerajaan.
Bagaimanapun, kedua-dua produksi itu perlu mematuhi semua garis panduan keselamatan termasuklah penjarakan sosial, yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, British Film Commission dan British Film Institute.
Dengan kedua-dua filem bakal meneruskan penggambaran, dijangkakan beberapa produksi lain seperti The Witcher dan The Little Mermaid, yang turut menjalani penggambaran di UK akan meneruskan kembali aktiviti mereka tidak lama lagi.