Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome


Acara maya DC FanDome tinggal beberapa hari sahaja lagi, dan menjelang acara maya yang akan datang, akaun Twitter Rasmi The Batman telah menggoda kehadiran trailer terbaru. 

Dengan filem yang sangat dinanti-nantikan itu akan menjadi sebahagian daripada acara yang akan datang, tidak mengejutkan jika terdapat beberapa teaser menjelang tayangannya. Buat masa ini, belum ada yang dipamerkan, dengan akaun Twitter The Batman hanya berkongsi tweet yang mengingatkan peminat tentang trailer baru yang bakal dilancarkan dalam acara tersebut.

Kepada peminat-peminat DC, jangan lupa saksikan acara maya DC FanDome yang akan berlangsung pada hari Ahad, 17 Oktober (di kebanyakan zon waktu Asia) dengan melayari DCFanDome.com.

The Batman ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU. Filem ini memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan. 

Filem terbaru Warner Bros. DC ini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.


Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.


Related posts

The Penguin: Colin Farrell Kembali Sebagai Oswald Cobblepot Dalam ‘Spin-Off’ The Batman

Kakimuvee

Warner Bros. Batalkan Acara DC FanDome 2022

Kakimuvee

WB Lancar Babak Pembuka “The Batman”, Kini Tersedia Di HBO

Kakimuvee

The Batman Akan Ditayangkan Di HBO Pada 18 April Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Deleted Scene ‘The Batman’ Tunjuk Gambaran Penuh Barry Keoghan Sebagai Joker

Kakimuvee

“The Batman” Menghampiri AS$600 Juta Seluruh Dunia, “Jujutsu Kaisen 0” Sukses Di Pasaran Antarabangsa

Kakimuvee