Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Batman Akan Menjadi Filem Trilogy, Karakter Robin Bakal Diperkenalkan

Setelah Robert Pattinson disahkan akan membawa watak Bruce Wayne / Batman dalam filem terbaru The Batman arahan Matt Reevesbanyak perkembangan terbaru – sama ada disahkan atau sekadar ‘khabar angin’, mula diperkatakan di laman-laman hiburan Hollywood.

Menurut laporan dari laman Comicbook.comThe Batman akan dihasilkan dalam bentuk trilogi dimana ketiga-tiga filem itu akan diarahkan dan ditulis sendiri oleh pengarah Matt Reeves. Trilogi The Batman dilaporkan bakal membina transformasi Bruce Wayne sebagai adiwira Gotham.

“Warner Bros has approved Robert Pattinson as the star of The Batman, the trilogy of films that Matt Reeves will direct later this year, Deadline hears.”

The Batman juga dikatakan akan memberi fokus kepada watak Batman sebagai detektif terbaik dunia yang bijak menjejaki penjenayah dan menyelesaikan jenayah. Selain itu juga, tone filem ini lebih menjurus kepada filem noir, menjadikan The Batman sebagai filem yang penuh misteri, drama, jenayah, debaran, ‘dark’, dan juga penuh emosi.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan, beberapa karakter yang berkait dengan Batman akan muncul dalam filem pertama itu nanti nanti. Berdasarkan sumber dari laman web ScreenrantThe Penguin akan menjadi musuh utama Batman dalam filem pertama itu nanti, bersama-sama karakter ‘villain’, The Ridler. Malah ‘love-interest’ Batman, Catwoman juga turut dilaporkan akan muncul dalam filem akan datang.

Spekulasi lain turut menyebut Robin akan membuat membuat penampilan pertamanya di layar perak selepas filem Batman & Robin (1997). Walaupun masih dianggap khabar angin, peminat mungkin mahukan ‘side-kick’ Batman itu muncul didalam filem The Batman.

Apapun, selepas pemilihan Robert Pattinson sebagai Batman, kita nantikan barisan pelakon yang bakal diumumkan tidak lama lagi oleh pihak produksi. Ini kerana ia mungkin memberi sedikit gambaran akan karakter manakah yang bakal menyertai Batman filem akan datang.

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating