Trivia

Thanos vs Galactus; Siapa Yang Akan Memenangi Pertarungan

Views

Marvel Universe sangat luas dan penuh dengan kejahatan. Penjahat seperti Thanos dan Galactus sentiasa mengancam kehidupan di seluruh galaksi. Tetapi apa yang akan terjadi sekiranya kedua-duanya memberi ancaman diantara satu sama lain?

Diatas kertas, pertarungan diantara kedua-dua villain ini dianggap berat sebelah, melihat kepada kelebihan yang ada pada Galactus berbanding Thanos, tetapi pertarungan diantara kedua-dua penjahat itu mungkin memberikan hasil yang tidak dijangka.

Seperti yang peminat tahu, Galactus adalah entiti kosmik yang memiliki kekuatan yang setanding dengan dewa-dewa. Dia juga mampu menggunakan kekuatan kosmik dan menjadikan planet sebagai makanannya untuk terus hidup. Kuasa kosmik yang dimiliki Galactus membolehkannya memanipulasi jirim, mencipta kehidupan, menghidupkan makhluk yang sudah mati, dan bahkan mampu memsunahkan beberapa sistem suria dengan sekaligus. 

Walaupun Galactus dianggap entiti terkuat di galaksi, Thanos masih mampu memberi tentangan hebat pada lawannya itu. Dalam komik Thanos: Epiphany #5, Thanos telah membuatkan Galactus kagum dengan kehebatannya sebelum dia membalas balik pukulan Thanos terhadapnya. 

Namun, hasil pertarungan diantara kedua-dua penjahat itu mungkin berubah jika Thanos menggunakan Infinity Gauntlet. Thanos dengan mudah menjatuhkan Galactus jika dia menggunakan keenam-enam Infinity Stone, bahkan mampu menewaskan lawannya itu dengan hanya menggunakan satu atau dua Infinity Stone. Sebagai contoh, dia boleh menggunakan Time Stone untuk mengetahui cara serangan terbaik, atau mengunakan Power Stone jika mahu mengalahkan Galactus dengan menggunakan kekuatan fizikal. 

Walaupun Thanos boleh menewaskan Galactus dengan menggunakan Infinity Gauntlet, dia mungkin tidak akan membunuh lawannya. Galactus dianggap sebagai pemalar galaksi, dicipta Enternity diawal kewujudan alam semesta bagi membendung penjahat yang sangat menakutkan digelar Abraxas. 

Abraxas merupakan lawan kepada Eternity dan merupakan pemusnah alam semesta, dan jika Galactus dibunuh, ia secara tidak langsung membebaskan Abraxas, sekaligus membawa kemusnahan kepada alam semesta. Jadi, Thanos mungkin sekadar menewaskan Galactus dan memenjarakannya seperti dalam komik Infinity Gauntlet dari menjadi mangsa kepada Abraxas.

Sumber: Screen Rant

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks