Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Thanos Akan Bersama Tenteranya Menentang Avengers?


Filem Avengers: Infinity War boleh dikatakan filem superhero paling ultimate abad ini apabila kita bakal menyaksikan puluhan hero-hero Avengers bergabung untuk menewaskan Supervillian paling berkuasa dalam dunia Marvel Cinematic Universe, iaitu Thanos.

Tetapi Thanos tidak bersendirian untuk berhadapan dengan Avengers, Guardians of the Galaxy dan superhero-superhero yang lain kerana dia bakal mempunyai tenteranya sendiri dan memimpin mereka untuk bertarung dengan Avengers dan seterusnya merampas Infinity Stone. Persoalannya, siapakah villian yang akan bersama-sama dengan Thanos?

Menurut Hollywood Reporter, Terry Notary (Kong: Skull Island)Ā disahkan akan turut bersama-sama dalam barisan pelakon filem Avengers: Infinity War dan watak yang dibawa olehnya adalah pembantu kepada supervillain Thanos:

“Iā€™m working with Josh Brolin and three other actors [in Marvelā€™s Avengers: Infinity War], and Iā€™m playing Josh Brolinā€™s right-hand bad guy in the film. I canā€™t say the name of the character or I think Marvel will sever my head, but I apply those same principals of what it means to drop bullshit and just play a character truly evil. And itā€™s working. [Laughs] Itā€™s truly working.” –Ā Terry Notary

Notary merupakan seorangĀ stunt performer, koordinator dan movement coach untuk filem-filem Hollywood. Pemilihannya sebagai aktor dalam filem ini dilihat cubaan Marvel untuk menaikkan nama pelakon tersebut. Kenyataan Notary telah mengesahkan yang Marvel sedang mewujudkan orang-orang kanan Thanos untuk bersama-sama dengan perjuangan dan rancangan jahat supervillian berkenaan.

Siapakah Villian Yang Akan Menyertai Thanos Dalam Infinity War?

Menurut laporan dari beberapa laman web antarabangsa, Thanos akan bersama-sama kumpulan supervillian Marvel yang dikenali sebagai Black Order untuk berhadapan dengan superhero-superhero Marvel. Kumpulan ini terdiri dari beberapa karakter antaranya Black Dwarf,Ā Corvus Glaive, Ebony Maw,Ā Proxima Midnight danĀ Supergiant dan dalam komik mereka pernah menjalankan misi untuk Thanos mencari Infinity Germ di Bumi.


Black Order – Earth 616

Difahamkan, salah seorang anggota Black Order iaituĀ Corvus Glaive telah muncul dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 1 dan berada disebelah Thanos. Namun Karakter tersebut telah dibunuh oleh Ronan Ā dan meninggalkan 4 karakter yang akan ditunjukan dalam filem ini nanti. Adakah Notary akan menjadi salah satu dari 4 karakter ini? mungkin.

Corvus Glaive aka The Others, dibunuh oleh Ronan dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 1

Ahli kumpulan Thanos ini bukan calang-calang supervillian, mereka memiliki kuasa yang cukup luar biasa seperti Black Dwarf yang mempunyai kekuatan dan ketahanan melebihi manusia biasa, Ebony Maw boleh mengawal minda Doctor Strange, Proxima Midnight pakar dalam pertempuran dan Supergiant, mempunyai kuasa minda parasit yang cukup kuat.

Jika Black Order disahkan akan bersama-sama Thanos, ini akan menjadikan filem Avengers: Infinity War tempat himpunan para superheron dan supervillian dalam pertempuran paling epik dalam dunia Marvel.Ā Kedatangan Thanos bukan berseorangan, tetapi dia bersama-sama tenteranya bertempurkan dengan superhero-superhero Avengers dan Guardians of the Galaxy. Satu pertempuran yang sangat epik dalam sejarah.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee