Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tessa Thompson Goda Kuasa Baru Valkyrie Dalam “Thor: Love and Thunder”

Dalam temubual dengan W Magazine baru-baru ini, bintang Thor: Love and Thunder Tessa Thompson telah membincangkan tentang ansuran keempat filem terbaru Marvel Studios yang akan datang. 

Menurut pelakon itu, peminat harus menantikan kehadiran wataknya, Valkyrie, dalam filem berkenaan kerana wataknya itu memiliki kuasa baru yang boleh menarik perhatian peminat. Dia menerangkan kemahiran baharu wataknya itu sebagai “pelik” dan “agak erotik”. Katanya lagi, Valkyrie kini dapat menghidupkan semula orang yang hampir mati dengan membawa mereka ke Valhalla, yang digambarkan dalam komik Marvel sebagai alam kematian Asgard.

“Secara jujurnya, dia mempunyai kemhairan yang aneh,” goda Thompson.

“Dia mempunyai kemahiran yang aneh, sejujurnya,” Thompson mengusik. “Dia dapat merasakan apabila seseorang yang hampir mati, dan membawa mereka ke Valhalla, yang pada asasnya adalah kehidupan akhirat. Dia boleh menghidupkan semula orang.

Tetapi apabila dia menghidupkan orang, kadang-kala dia akan berada di dalam badan mereka. Ia satu perkara yang pelik. Ia boleh menjadi agak erotik. Dan kemudian dia mempunyai kekuatan yang luar biasa dan pada dasarnya adalah Dewi.”

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit) dan turut menulis lakon layar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru MCU ini merupakan kesinambungan Thor: Ragnarok (2017), dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Pemenang Oscar Natalie Portman kembali meneruskan peranannya sebagai Jane Foster, dan kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson kembali meneruskan peranan mereka sebagai Thor dan Valkyrie, dan mereka berdua disertai pemenang anugerah Academy, Christian Bale (trilogi The Dark Knight) sebagai antagonis utama ‘Gorr the Bucther’.

Jaimie Alexandar turut kembali sebagai Sif, manakala ahli ‘Guardians of the Galaxy’ turut terlibat dalam filem keempat Thor. Christ Pratt akan memainkan peranan sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin dan Vin Diesel akan membuat penampilan sebagai Groot.

Jalan cerita Thor wanita berdasarkan pada plot komik “The Mighty Thor” karya Jason Aaron di mana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih mantle dan kekuatan Thor. Thor dan Valkyrie terakhir kali dilihat dalam filem terlaris sepanjang zaman “Avengers: Endgame”, dengan Dewa Petir memberikan tanggungjawabnya sebagai Raja Asgard kepada Valkyrie ketika dia bergabung dengan Guardians of the Galaxy dalam misi mereka yang seterusnya.

Thor: Love and Thunder akan ditayangkan di pawagam pada 6 Mei 2022.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment