Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tessa Thompson & Alexandra Shipp Antara Aktres Yang Disenarai Pendek Untuk Watak Catwoman


Khabar angin mengenai watak Catwoman dalam filem The Batman arahan Matt Reeves semakin bertiup kencang di Hollywood. Dalam laporan sebelum ini, Matt Reeves dikatakan sedang mencari pelakon wanita berwarna untuk watak Selina Kyle/Catwoman, dan pelakon yang menjadi pilihan Reeves adalah Zoe Kravitz.

Namun, laporan terbaru yang didedahkan oleh laman GWW, Kravitz bukanlah satu-satunya aktres yang disenaraikan untuk watak Catwoman, beberapa nama lain seperti Lupita Nyong’o (Black Panther), Tessa Thompson (Thor: Ragnarok), Gugu Mbatha-Raw (Beauty and the Beast), Alexandra Shipp (X-Men: Dark Phoenix), dan Logan Browning (Dear White People) turut disenarai pendek untuk watak tersebut.

Setakat ini nama-nama yang disenaraikan diatas masih belum disahkan mana-mana pihak, dan kita mungkin terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk mengetahui aktres manakah yang sesuai untuk watak Catwoman.

Setakat ini, hanya Robert Pattinson dan Jeffrey Wright disahkan membintangi filem The Batman. Pattinson akan memainkan peranan sebagai Bruce Wayne / Batman manakala Wright sebagai Commissioner Gordon. Sementara itu, Jonah Hill masih lagi dalam rundingan dengan pihak studio, dan berkemunkinan akan membawa peranan sebagai Penguin atau The Riddler.

The Batman dijangka akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan dan ditayangkan pada 25 Jun 2021.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee