Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Memalukan, Ini 10 Filem Tempatan Paling Teruk Untuk Tahun 2019


Walaupun kutipan keseluruhan filem-filem tempatan mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu, industri perfileman negara kita masih lagi bermasalah dengan filem-filem yang agak teruk dan memalukan. Antara kelemahan ketara yang sering kami perhatikan adalah teknikal dan penceritaan yang tiada hala tuju. Itu belum diambil kira dengan lakonan para pelakon yang tidak layak digelar sebagai pelakon, serta penulisan skrip yang malas.

Jika hendak disenaraikan, terdapat lebih 20 filem tempatan yang layak ‘dibakulsampahkan’, tetapi selepas melalui pelbagai perbincangan yang panas dan tegang sehingga hampir menterbalikkan meja, kami bersepakat untuk menyenaraikan 10 filem tempatan paling teruk tahun ini. Jangan risau, kami juga akan sertakan ‘honorable mention’ bagi filem yang tak tersenarai dalam carta top 10 kami.

10. Garang

Filem yang menampilkan barisan pelakon dari kalangan OKU. Pembikin filem ini memiliki idea yang bagus kerana mengetengahkan golongan OKU, tetapi sayang ‘execution’nya hancur lebur, plot yang tersangat mengarut dan langsung tidak membawa isu golongan OKU, dan mungkin tidak ada kena mengena dengan isu didalam negara. Jika kita selalu mendengar istilah ‘tunggang agama’, filem ini boleh diibaratkan ‘tunggang OKU’.

9. Misi Operasi X – M.O.X

Terlampau bercita-cita tinggi – ayat mudah untuk menggambarkan betapa teruknya Misi Operasi X. Filem arahan Zulkifli M. Osman ini bukan sahaja teruk dari segi plot, malah ia diburukkan lagi suntingan filem, runut bunyi dan kesan visualnya yang sangat mengecewakan. Paling memberi tekanan, watak ‘villain’ yang hampeh pernah kami lihat sepanjang mengenali filem. Apapun, pujian harus diberikan, kerana berani membawa tema pengintipan yang semakin dilupakan.

8. 7 Hari Kisah Cinta Langkawi.

Tajuk dan poster filem ini memberikan pandangan yang ‘lain macam’ kepada penonton. Konsepnya sudah ada, iaitu berkisarkan tentang seorang lelaki yang mencabar seorang perempuan untuk membuktikan teori bahawa lelaki mudah dipikat dalam tempoh 7 hari. Tetapi, pekara biasa yang sering berlaku dalam filem-filem tempatan, sekali lagi filem ini bermasalah dari segi ‘execution’, berterabur dan tidak tersusun, manakala lakonan para pelakonnya juga sangat keras seperti batu. Lagi satu, lelaki hanya perlu sehari sahaja untuk dipikat, tak perlu 7 hari.


7. Kolong

Salah satu sebab utama yang menjadikan sesebuah filem tempatan nampak teruk, adalah teknikalnya. Kolong antara contoh terbaik. Sinematografinya dan kesan khasnya, masyallah, sepatutnya menjadi telefilem. Plotnya juga, berterabur sehingga gagal mewujudkan perasaan seram. Lakonan? seperti biasa, baca skrip kemudian terus berlakon, kaku, keras, kayu!. Hanya OST nya sahaja yang menjadi tarikan utama filem ini.

6. Wangi

Meleret, gambaran tepat untuk filem ini. Walaupun dibintangi pelakon hebat seperti Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, dan Nabila Huda, penceritaanya menjadi masalah besar, terlampau meleret sehingga menjadi bosan dan klise. Manakala penamatnya disajikan dengan plot twist yang langsung tidak memberi impak dan tidak memberi kesan kepada penonton.

5. XX-Ray 3

Satu kekecewaan yang sangat besar melihat francais yang memberi kenangan sewaktu kecil dirosakkan dengan filem ketiga. Seperti Misi Operasi X – M.O.X, filem ini terlampau bercita-cita besar dengan membawa isu global dalam plotnya. Akibatnya, penceritaan menjadi mengarut, dan terpaksa melabur modal ke kesan visual yang sangat teruk. Penamatnya? hmm …tidak mampu berkata apa-apa.

4. Banglo No. 99

Filem yang teruk dari segi teknikal, dan skrip. Sinematografinya tidak indah seperti yang diwar-warkan, kesan visualnya seperti ditempek, dan bunyinya sangat teruk. Lakonan yang kaku, dialog yang skema sehingga memanggil nama rakan dengan nama penuh. Penceritaanya langsung tidak memberi debaran, malah penamatnya juga sangat mengarut – keyword: Iron Man!.

3. Kron

Filem-filem tempatan kadang-kala memiliki idea dan konsep yang menarik, tetapi sayang kerana seringkali dirosakkan dengan cara penceritaannya. Plot penceritaannya tidak kuat, mendatar dan gagal menarik minat penonton. Ditambah pula dengan kesan visual yang teruk, dan watak yang gagal membantu menguatkan perjalanan cerita. Yang paling memberi kesan keterukan filem ini, ‘third act’nya yang anti-klimaks dan syok sendiri. Diharapkan Kron dapat dihasilkan semula dengan paparan visual yang lebih kemas, penceritaan yang lebih menarik dan pelakon yang bersesuaian.

2. Homestay: Permainan Maut

Jika terdapat anugerah filem paling teruk, Homestay: Permainan Maut adalah calon yang paling sesuai. Teknikal filemnya sangat bodoh dan teruk sehingga memberi kesan kepada perjalanan ceritanya. Penggunaan kesan visual yang tidak kena pada tempat, serta murah dan sinematografi sangat amatur. Sistem bunyi? memekikan telinga. Lakonan para pelakonnya pula haramjadah, dan the worst part, langsung tiada originality sehinggakan poster filem pun ditiru.

Kami sangat hairan kerana masih terdapat produksi yang menghasilkan sebuah filem yang layak dicampak ke dalam bakul sampah.  Jika Homestay: Permainan Maut menggunakan geran FINAS sebagai modal pembikinan, kami mempersoalkan kredibiliti badan tersebut yang gagal memantau kualiti filem.

1. Banglasia 2.0

Mesti anda menyangka Homestay: Permainan Maut akan mengungguli filem terburuk tempatan tahun ini. Tidak, kedudukan nombor satu layak diberikan kepada filem kontroversi, Banglasia 2.0. Sebuah filem syok sendiri, dan cuba bermain dengan isu semasa sebagai penceritaannya, tetapi ‘execution’ nya sangat teruk. Tidak salah untuk Namawee memerli atau bermain dengan isu semasa, tetapi haruslah dibuat dengan cara bijak sehingga mampu membuka mata kepada penonton yang menyaksikan filem ini.

Selain itu juga, watak utama overshadow semua watak lain, seolah-olah filem ini hanya dia seorang sahaja berlakon, sebab itu filem ini layak digelar syok sendiri. Manakala lawaknya pula, agak try hard

Honorable Mention

KL Vampires

Kah…! Kah..! Kah…!


Related posts

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee