Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Terry Crews Sahkan White Chicks 2 Akan Dihasilkan

Selepas 15 tahun ditayangkan, akhirnya sekuel filem White Chicks 2 sah akan dihasilkan. Pekara tersebut didedahkan salah seorang pelakonnya, Terry Crews semasa berada dirancangan Watch What Happens Live yang dihoskan oleh Andy Cohen

Dalam rancangan tersebut, seorang peminat menelefon dan bertanyakan mengenai sekuel White Chicks, pelakon tersebut tidak menahan keterujaan untuk memberitahu kepada penonton bahawa sekuel filem tersebut kini sedang dirancang Wayans Brothers

‘You know what? I actually got with Shawn (Wayans), and he was like, “Man, we doing it, we getting it going”,’

Terry juga turut bergurau mengenai penjagaan badannya untuk berlakon dalam sekuel filem berkenaan.

‘I’ve stayed in shape just for that movie. I’ve been working out for 15 years so we could do White Chicks 2, ya’ll. Please! Please!’

Awal tahun ini, pelakon dan penerbit filem White Chicks, Marlon Wayans pernah mendedahkan kepada peminat bahawa mereka sedang merancang untuk hasilkan filem White Chicks 2.

White Chicks arahan Keena Ivory Wayans telah diterbitkan pada 2004 dan diedarkan Sony Pictures. Filem tersebut berjaya meraih $113 juta dolar seluruh dunia dan sukses dalam penjualan DVD dan sewaan. Malah filem itu juga masih kekal lagi dalam senarai penyiar-penyiar televisyen.

Meskipun dikritik hebat, ia tidak menghalang tersebut menjadi popular dikalangan penonton.

Kepada anda semua, adakah anda teruja untuk menyaksikan ‘White Chicks’ kembali beraksi dipawagam?

Related posts

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Kakimuvee

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Leave a Comment