Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Terry Crews & Aktor IT Antara Pelakon Yang Dikenalpasti Bawakan Watak Mutant Dalam Deadpool 2

Treler terbaru filem Deadpool 2 meninggalkan banyak persoalan kepada peminat. Antara yang menjadi tanda tanya, adalah 3 watak  misteri mutant yang muncul bersama Deadpool dan Domino dalam salah satu klip treler filem antihero berkenaan.

Antara yang jelas kelihatan adalah aktor kulit hitam yang terkenal dengan watak komedi, Terry Crews. Beliau berada disebelah Deadpool dalam klip treler Deadpool 2 dan dikatakan membawa watak G.W. Bridge, salah seorang anggota Six Pack (bersama Domino) yang juga merupakan pakar senjata dan strategi.


Dua watak lain yang dikenalpasti adalah Shatterstar dan Zeitgeist yang merupakan anggota X-Force. Setakat ini, pelakon yang membawakan watak Shatterstar dan Zeitgeist masih kekal misteri, tetapi khabar angin menyebut, aktor filem IT, Bill Skarsgård dikaitkan dengan karakter Zeitgeist manakala pelakon siri televisyen Iron Fist, Lewis Tan turut dikaitkan dengan watak Shatterstar.

Hubungan antara pengarah David Leitch dan Bill Skarsgård menjadi petunjuk aktor berkenaan turut berada dalam filem Deadpool 2. Skarsgard pernah berlakon dalam filem Atomic Blonde arahan Leitch manakala aktor Karan Soni (Dopinder) pernah mengetik butang ‘like’ dilaman Twitter yang mengatakan Bill Skarsgård berlakon dalam Deadpool 2 sebelum beliau menekan butang ‘unlike’

Filem Deadpool 2 akan mula ditayangkan pada 18 May 2018

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment