Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Terpengaruh Filem Seram, Remaja Didakwa Bunuh Kanak-Kanak

Disebabkan terpengaruh dengan babak-babak negeri dalam filem seram kegemarannya, seorang remaja perempuan tergamak membunuh kanak-kanak berusia enam tahun.

Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 15 tahun itu melakukan perbuatannya di sebuah rumah dekat Sawah Besar, Indonesia. Ketika kejadian, suspek dilaporkan meminta bantuan mangsa untuk mengambil alat permainan yang terjatuh di dalam tab mandi.

Dia kemudian bertindak membunuhnya sebelum menyembunyikan mayat mangsa di dalam almari.

Bagaimanapun, suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Deerah Metro Taman Sari Jakarta Barat. Ketika itu, dia dalam perjalanan ke sekolah. Suspek berkata, dia tidak menyesal sebaliknya puas kerana dapat membunuh mangsa yang juga jirannya.

“Pelaku dalam keadaan sedar mengakui membunuh dan tidak menyesal tetapi puas dengan perbuatannya itu. Namun, siasatan lanjut perlu dijalankan dengan bantuan pakar psikiatri bagi memeriksa sama ada suspek mempunyai masalah jiwa atau sebaliknya,” kata Ketua Polis Jakarta Pusat, Komisaris Besar Heru Navianto.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Yusri Yunus berkata, suspek mengakui gemar menonton filem seram, salah satunya Chucky dan manakala Slender Man adalah karakter kegemarannya.

“Berdasarkan soal siasat, suspek mengakui pernah menyimpan keinginan untuk membunuh sebelum ini tetapi dipendam sehingga pada hari kejadian,” katanya.

Polis sudah mengumpul bahan bukti seperti peralatan digunakan untuk membunuh dan gambar serta catatan harian suspek bagi melengkapkan siasatan.

Sumber: Harian Metro

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment