Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Terminator: Dark Fate Sah Akan Diklasifikasikan Sebagai ‘R-Rated’

Panas dari barisan panel Terminator: Dark Fate di konvensyen San Diego Comic Con. Pengarah filem terbaru Terminator itu, Tim Miller telah mengesahkan filem Terminator: Dark Fate akan diklasifikasikan sebagai ‘R-rated’ dan mengikut jejak langkah filem-filem awal Terminator.

“The DNA of Terminator is an R-rated f***ing’ movie,” “To not do it R feels disingenuous to the source material…We knew that was what the fans wanted and what we always wanted to do. I have so many takes of Linda saying f*ck!”

Untuk info, tiga dari lima filem Terminator merupakan filem yang dikelaskan sebagai ‘R-rated’ kecuali Terminator: Salvation (2009) dan Terminator: Genisys (2015) yang lebih kepada ‘mesra keluarga’

27 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), yang merupakan manusia cyborg dan rakannya. Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan jalurmasa asal.

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator, manakala Linda Hamilton akan membawakan wataknya, Sarah Connor, manakala James Cameron akan bertindak selaku penerbit.

Terminator: Dark Fate dijangka akan menemui penonton pada 1 November ini.

Saksikan Featurette terbaru Terminator: Dark Fate sempena San Diego Comic Con 2019

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment