Berita

Terminator: Dark Fate Gagal Di Tempat Sendiri, Hanya Mampu Meraih $29 Juta Dolar Sahaja

"Skynet" nampaknya akan pupuskan francais Terminator

Views

Walaupun mengungguli kedudukan pertama carta box office domestik Amerika Syarikat (AS), filem terbaru Paramount Pictures, Terminator: Dark Fate dianggap gagal apabila hanya mampu meraih $29 juta dolar sahaja pada tayangan minggu pembukaan di AS, jauh lebih rendah dari jangkaan.

China yang juga baru menayangkan filem Terminator: Dark Fate pada minggu lalu, turut tidak mampu memberi pulangan besar apabila sekadar meraih $28 juta dolar. Mujur beberapa negara lain termasuk Malaysia telah memulakan tayangan dua minggu lebih awal, sekaligus memberikan sedikit nafas kepada filem tersebut. Sehinggakini, Dark Fate telah mengumpul $123.6 juta dolar seluruh dunia.

Dengan kos pembikinan sebanyak $185 juta dolar – tidak termasuk kos pemasaran, kepulangan James Cameron sebagai penerbit, berserta pelakon asal Arnold Schwarzenegger dan Linda Hamilton, masih belum cukup untuk menarik minat penonton menyaksikan filem ini dipawagam.

Sementara itu, penganalisis Wall Street, Eric Handler memberitahu wartawan The Hollywood Reporter bahawa “sudah tiba masanya untuk melepaskan francais ini”, merujuk kepada prestasi buruk filem Terminator: Dark Fate.

Jadi kepada peminat semua, apa pendapat anda mengenai filem terbaru Terminator, perlukah francais ini ditamatkan serta-merta selepas kegagalan Dark Fate? kongsikan pendapat anda.

BACA:  Warner Bros. Dilaporkan Tidak 'Gembira' Dengan Filem Birds Of Prey
shares