ArnoldĀ Schwarzenegger yang kembali membawakan watak ikonik Terminator memberitahu bahawa filem ke-6 franchise tersebut akan memulakan pengambarannya Mac tahun hadapan. Beliau memberitahu berita tersebut semasa ditemuramah oleh wartawan Playlist.
Sebelum ini, Arnold mengesahkan yang beliau terlibat dalam projek terbaru Terminator ini dengan akan membawa watak robot T-800, robot Terminator yang popular diawal siri filem berkenaan. Terminator 6 merupakan trilogi terbaru dalam franchise Terminator dan diarahkan oleh pengarah asal siri filem ini iaitu James Cameron.
Menurut pengarah tersebut,Ā Terminator 6Ā bakal menceritakan asal usul T-800, robot pembunuh manusia.
Sementara itu, Arnold juga memberikan perkembangan terbaru dua filem yang bakal dibintangi oleh beliau iaitu sekuel filemĀ Twins,Ā TripletsĀ danĀ Conan.Ā Menurutnya, Conan mungkin akan memulakan pengambaran selepas filemĀ Terminator 6,Ā manakala filemĀ TripletsĀ mungkin akan dihasilkan dengan Eddie Murphy danĀ Danny DeVito akan terlibat dalam projek filem tersebut.