Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Terminator 6 Bakal Menjadi Sekuel Kepada Terminator 2: The Judgement Day

Terminator 1 dan Terminator 2: The Judgement Day merupakan dua filem Terminator arahan James Cameron terbaik sebelum franchis tersebut dimusnahkan oleh 3 filem selepas itu iaitu Terminator 3: Rise of the Machines,  Terminator Salvation dan Terminator Genisys. Filem terakhir Terminator Genisys boleh dikatakan filem paling teruk dalam franchise Terminator sehingga mendorong pelakon utamanya, Arnold Schwarzenegger membuat keputusan untuk tidak kembali berlakon dalam franchise tersebut.

Namun, aktor tersebut kembali tetapi bukan untuk menghasilkan sekuel kepada Terminator Genisys, tetapi sebalik beliau dan James Cameron ingin menghasilkan sebuah filem Terminator terbaru yang tidak berkait dengan filem Terminator Genisys.

Berita terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Screencrush.com melaporkan, Terminator 6 akan meminggirkan timeline filem Terminator Genisys dan akan bersambung dari filem Terminator 2: Judgement Day. Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh aktor tersebut sedikit sebanyak menjawab persoalan kenapa Linda Hamilton akan kembali dalam filem terbaru itu nanti.

Linda Hamilton berlakon bersama-sama Arnold Schwarzenegger dalam dua filem awal Terminator dengan membawa watak Sarah Connor.

Filem Terminator Genisys telah mengubah timeline Terminator sebelum ini apabila John Connor telah berubah menjadi salah sebuah Terminator dan T-800 telah dihantar ke masa lampau untuk menjaga Sarah Connor yang pada masa itu berusia 9 tahun.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment