Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

TERKINI: Steven Spielberg Berundur Dari INDIANA JONES 5, James Mangold Bakal Ganti

Selepas bertahun tersangkut di fasa pembangunan, Indiana Jones 5 menerima satu lagi kejutan besar apabila individu penting francais, Steven Spielberg dilaporkan berundur dari projek akan datang.

Menurut sumber, keputusan Spielberg berundur dari projek Indiana Jones 5 bukan disebabkan masalah kreatif, tetapi ingin memberi peluang kepada individu lain dalam menyampaikan jalan cerita yang baru dengan perspektif yang lebih segar mengenai penggembara klasik itu.

Sehubungan dengan itu, Lucasfilm kini dilaporkan sedang dalam rundingan dengan bekas pengarah Ford v. Ferrari, James Mangold untuk mengambil alih kerusi pengarah.

Beberapa minggu yang lalu, pelakon utama Harisson Ford mendedahkan bahawa produksi filem kelima francais dijangka bermula dalam tempoh dua bulan ini. Tetapi dengan perkembangan terbaru ini, tidak dipastikan sama ada projek akan bermula seperti dijadualkan, atau terpaksa ditangguh lagi.

Meskipun berundur, Spielberg masih lagi kekal sebagai penerbit untuk filem akan datang.

Watak arkeologis Dr. Henry Walton “Indiana” Jones mula diperkenalkan dalam filem Raiders of the Lost Ark pada tahun 1981, dan meneruskan penggembaraannya menerusi filem Indiana Jones and the Temple of Doom (1984), Indiana Jones and the Last Crusade (1989) dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008). Spielberg merupakan pengarah kesemua filem Indiana Jones, dan keseluruhan francais telah memberi pulangan lebih $2 billion dolar seluruh dunia.

Sumber: Variety

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment