Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

TERKINI! Joe Taslim Akan Membawakan Watak Sub-Zero Dalam Filem Mortal Kombat


Pelakon aksi terkenal Indonesia, Joe Taslim dilaporkan akan memainkan peranan sebagai Sub-Zero dalam filem ‘live action’ Mortal Kombat terbitan New Line Cinema. Beliau yang juga ahli seni mempertahankan diri pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Fast & Furious 7, Star Trek Beyond dan siri televisyen Warrior.

Filem adaptasi permainan video game ini akan diarahkan oleh Simon McQuoid manakala skrip ditulis oleh Greg Russo. James Wan akan bertindak selaku penerbit.

Penggambaran filem Mortal Kombat dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini bertempat di Australia. Setakat ini plot filem terbaru Mortal Kombat masih lagi tidak diketahui.

Filem pertama Mortal Kombat telah diterbitkan pada tahun 1995 arahan Paul W.S. Anderson dan diikuti filem kedua pada tahun 1997 yang berjudul Mortal Kombat: Annihilation. Bagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan

Mortal Kombat dijangka akan memulakan tayangannya pada 5 Mac 2021.


Sumber: The Hollywood Reporter


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Kick Off The New Year with Tales of Strength and Resilience on HBO GO, HBO, Warner TV and Cartoon Network This January

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee