Berita

TERKINI!!! Christian Bale Bakal Bintangi Filem Marvel, ‘Thor: Love And Thunder’

Batman kedua sertai MCU!

Views

Bekas pelakon The Dark Knight, Christian Bale dilaporkan sedang dalam rundingan dengan Marvel Studios untuk bintangi filem keempat Thor: Love and Thunder. Setakat ini karakter yang bakal dibawa oleh pelakon tersebut masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat spekulasi yang mengaitkan Bale dengan karakter Balder the Brave.

Dalam versi komik, Balder the Brave merupakan anak kepada Odin dan juga abang tiri Thor.

Ini akan menandakan kemunculan pertama Bale kembali ke filem komik selepas The Dark Knight Rises pada tahun 2012, dan pelakon kedua Batman yang muncul di MCU selepas Michael Keaton, yang memainkan peranan Vulture dalam filem Spider-Man: Homecoming. 

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi dimana ia akan menyambung sekuel Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas Avengers: Endgame. Natalie Portman kembali memainkan peranannya sebagai Jane Foster, dimana dia akan menjadi Thor, The Goddess of Thunder. Chris Hemsworth, Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Penggambaran dijangka bermula pada Ogos ini dan akan menemui penonton pada 5 November 2021.

Tinggalkan Balasan

shares