Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Terdapat Segelintir Peminat Marvel Mahu Jeremy Renner Disingkirkan Dari Watak Hawkeye

Terdapat segelintir peminat Marvel telah mendesak Marvel Studios agar menyingkirkan Jeremy Renner dari terus membawakan peranan Hawkeye dalam MCU gara-gara kontroversi yang melanda pelakon tersebut.

Desakan dibuat selepas bekas isteri Renner iaitu Sonni Pacheco, menuduh pelakon tersebut melakukan beberapa tindakan keganasan dan terlibat dengan masalah dadah.

Pacheco mendakwa bahawa dia telah diancam bunuh oleh Renner, dan mendedahkan kepada wartawan dengan menyatakan Renner pernah melepaskan tembakan didalam rumah ketika anak perempuan mereka yang berusia 6 tahun sedang tidur. Selain itu juga, Pacheco turut menuduh pelakon tersebut pernah meletakan dadah ditempat yang senang dijumpai anak perempuan mereka.

Bagaimanapun, dakwaan Pacheco disangkal oleh Renner dan wakilnya menerusi beberapa kenyataan balas. Wakil Renner menegaskan tuduhan terhadap Renner adalah palsu dengan niat untuk merosakkan karier pelakon tersebut. Mereka turut mendakwa mental Pacheco kini berada dalam keadaan tidak stabil dan kecewa selepas Renner menamatkan perkahwinan mereka pada 2015 yang lalu.

Dalam pada itu, bagi membuktikan dirinya bebas dengan masalah dadah, Renner menjelaskan bahawa telah membuat beberapa ujian air kencing secara rawak dan tiada satupun bermasalah.

Tuduhan terbaru yang dikenakan terhadap Renner mengenai insiden tembakan didalam rumah telah disangkal oleh Renner sendiri dengan menyatakan sebagai “pembohong”, dan gambar ditempat kejadian yang disertakan oleh bekas isterinya sebagai bukti “sengaja diada-adakan”. Renner turut menyatakan tuduhan terhadap dirinya yang “gila untuk membunuh diri” adalah “sangat mengarut”.

Walaupun kenyataan balas telah dikeluarkan oleh wakil Renner dan pelakon itu sendiri, masih terdapat segelintir peminat Marvel yang tetap dengan pendirian mereka untuk mendesak agar pelakon tersebut disingkirkan.

https://twitter.com/thorspowerr/status/1187256011876229126?s=20

Sejak tuduhan terhadap Jeremy Renner menjadi pengentahuan umum, terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan Marvel Studios sedang mencari pengganti untuk watak Hawkeye. Walaupun khabar angin tersebut belum disahkan, ia telah menimbulkan perbalahan hangat dikalangan peminat Marvel memandangkan Jeremy Renner masih belum dikenakan apa-apa pertuduhan melakukan jenayah.

Jeremy Renner telah membawakan watak Clint Burton a.k.a Hawkeye sejak filem pertama Thor yang diterbitkan pada 2011. Sejak dari itu, dia menjadi antara watak penting dalam MCU dan bakal muncul dalam siri Marvel Disney+ berjudul Hawkeye. 

Sumber: TMZ.com, Movieweb.com

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee