Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

TENET Perlu Kutip $800 Juta Untuk Untung

Pengarah Christoper Nolan berharap filem terbaru, Tenet mampu membantu pawagam apabila ia ditayangkan kelak.

Tetapi, melihatkan situasi COVID-19 yang semakin teruk di Amerika Syarikat, studio Warner Bros. bimbang ia akan memberi kesan kepada kutipan tiket filem Tenet. 

Menurut laporan dari laman Indie Wire, Tenet mungkin mengalami kesukaran untuk mencatatkan kutipan memberansangkan. Laman itu turut menyebut, filem Nolan itu perlu mengutip sekurang-kurangnya $800 juta dolar untuk mencatatkan keuntungan.

Kos pembikinan Tenet dianggarkan sekitar $400 juta dolar, termasuklah kos pemasaran. Melihat sumbangan Nolan yang sering memberi pulangan besar kepada Warner Bros., tidak hairanlah pihak studio membenarkan pengarah tersebut ‘berbelanja’ besar untuk filem terbarunya.

Tambahan pula, filem-filem Nolan seringkali mencatat kutipan melebihi $1 billion dolar.

Angka $800 juta dolar mungkin agak tinggi, tambahan pula Tenet terpaksa berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Kini, segalanya bergantung pada Warner Bros. sama ada mahu meneruskan tayangan Tenet pada 12 Ogos ini ataupun ditangguhkan sekali lagi.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment