Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tenet Lepasi Angka $250 Juta Seluruh Dunia

Satu lagi minggu yang perlahan di pentas box office global, tetapi Tenet tetap berjaya melepasi kutipan sebanyak $200 juta dolar, menjadi jumlah keseluruhan (termasuk Amerika Syarikat) sebanyak $250.1 juta dolar. Tayangan di Jepun banyak membantu filem arahan Christopher Nolan ini apabila mengutip $4.3 juta pada minggu pembukaan. 

Warner Bros. dilaporkan masih menyembunyikan angka box office dari pengedar, tetapi Deadline mengesahkan bahawa Tenet telah mengutip $4.7 juta dipasaran domestik Amerika Syarikat pada minggu lalu, penurunan sebanyak 30% berbanding kutipan sebelumnya ($6.7 juta). 

Melihat situasi pasaran yang agak perlahan, tidak hairanlah Warner Bros. menunda tayangan filem Wonder Woman 1984 ke hujung tahun ini. Begitu juga dengan Black Widow yang diura-ura akan ditangguhkan ke satu tarikh baru oleh Disney. 

Tenet dibintangi John David Washington yang memainkan peranan utama serta beberapa pelakon lain seperti Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Michael Caine dan Kenneth Branagh.

Related posts

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Isqandar

Pandangan Terbaru Finn Wolfhard & Mckenna Grace Dalam ‘Ghostbusters: Afterlife’

Kakimuvee

Preview HBO Max Papar Pandangan Pertama ‘Godzilla vs. Kong’, ‘Mortal Kombat’, ‘The Conjuring 3’ & ‘Malignant’!

Zulaikha

Leave a Comment