
Filem terbaru Christopher Nolan, Tenet telahpun membuat debut dipasaran antarabangsa pada minggu ini, dan mencatatkan kutipan yang mengejutkan iaitu sebanyak $53 juta dolar meskipun berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Filem epik sci-fi itu telah dilancarkan di 41 pasaran antarabangsa termasuk Malaysia. United Kingdom mendahului kutipan iaitu sebanyak $7.1 juta dolar, diikuti Perancis $6.7 juta dolar, Korea Selatan $5.1 juta dolar dan Jerman sebanyak $4.2 juta diolar. Kutipan Tenet dijangka meningkat selepas ditayangkan di Amerika Syarikat, Russia dan China pada minggu hadapan.
“We are off to a fantastic start internationally and couldn’t be more pleased, Christopher Nolan has once again delivered an event-worthy motion picture that demands to be seen on the big screen, and we are thrilled that audiences across the globe are getting the opportunity to see ‘Tenet.’” – Toby Emmerich, Warner Bros. Pictures Group chairman.
Tenet dihasilkan dengan modal pembikinan sebanyak $200 juta dolar.
Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).
Filem terbaru Warner Bros. ini sedang ditayangkan dipawagam tempatan.