Berita

TENET Ditunda Lagi

Views

Filem terbaru Christoper Nolan, Tenet ditunda sekali lagi oleh studio Warner Bros.

Dua minggu yang lalu, WB telah menukar tarikh tayangan Tenet dari 17 Julai ke 31 Julai, dan perkembangan terbaru ini menyaksikan filem tersebut ditunda ke tarikh 31 Ogos 2020.

Peningkatan kes COVID-19 di Amerika Syarikat menjadi faktor utama pihak studio menunda tayangan Tenet. Selain itu juga, pihak studio ingin memberi laluan kepada tayangan semula Inception sempena ulangtahun ke-10 filem arahan Nolan itu yang mana ia akan ditayangkan pada 31 Julai ini.

Tenet digambarkan sebagai sebuah filem pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik yang sering digunakan Nolan dalam filem-filem arahannya. Nolan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Tinggalkan Balasan

shares