Berita

TENET: Christopher Nolan Dedahkan Kenapa Dia Sanggup Musnahkan Pesawat 747 Yang Sebenar

Views

Baru trailer, filem Tenet arahan Christoper Nolan sudah menjadi bualan kaki-kaki wayang. Antara yang mencuri perhatian dalam trailer terbaru Tenet adalah babak yang memaparkan sebuah pesawat 747 merempuh bangunan.

Seperti yang peminat tahu, Nolan merupakan seorang pengarah yang gemar menggunakan kesan praktikal berbanding bantuan komputer, cuma untuk filem kali ini dia menggunakan kapal terbang sebenar, bukan model apatah lagi CGI. Sudah tentu dia mempunyai sebab yang tersendiri kenapa dia mahu menggunakan kapal terbang sebenar.

“Saya merancang untuk melakukannya dengan menggunakan miniatur dan membina set, dan kemudian gabungkan dengan kesan visual dan sebagainya,” ujar Nolan kepada Total Film.

“Kami mula melakukan pengiraan … nampaknya lebih efisien membeli pesawat sebenar dengan ukuran sebenar, dan melakukan urutan babak dengan menggunakan kamera sebenar, daripada membuat miniatur atau menggunakan CGI”

Tenet digambarkan sebagai sebuah pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

BACA:  INDIANA JONES 5 Terus Bermasalah, Penulis Skrip Undur Diri

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik sering dilakukan dalam filem-filem arahannya. Selain menulis dan mengarah, Nolan menerbitkan filem ini bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Warner Bros. telah menetapkan tarikh tayangan Tenet iaitu pada 17 Julai 2020.

Tinggalkan Balasan

shares