Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Tenet” Bakal Mencatat Kutipan Domestik AS Tertinggi Selepas Pawagam Di Buka Semula.

Selepas memulakan tayangan di beberapa negara di seluruh dunia pada minggu lalu, filem Tenet arahan Christopher Nolan akhirnya ditayangkan di laman mereka sendiri pada 3 September yang lalu. 

Walaupun pandemik COVID-19 masih belum reda di Amerika Syarikat, Tenet berpeluang untuk mencatatkan kutipan minggu pembukaan terbesar sejak pawagam disana dibuka semula untuk tayangan filem. 

Menurut Box OfficeTenet akan menjana kira-kira $24.5 juta dolar pada cuti hujung minggu, dan mencatatkan kutipan sekitar $35 juta menjelang hari Isnin.

Jumlah tersebut akan menjadi kutipan minggu pembukaan tertinggi, sekaligus mengatasi The New Mutants yang mencatatkan kutipan $7 juta dolar dan Unhinged yang mencatatkan $4 juta dolar pada minggu pembukaan. 

Pada minggu lalu, Tenet telah mencipta kejutan apabila menjana $53 juta pada minggu pertama tayangan di pasaran antarabangsa, sekaligus mengatasi jangkaan pihak studio dan penganalisis. 

Tenet dibintangi John David Washington yang memainkan peranan utama serta beberapa pelakon lain seperti Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Michael Caine dan Kenneth Branagh.

Filem terbaru terbitan Warner Bros. ini sedang ditayangkan dipawagam tempatan.

 

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment