Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

TENET Akan Ditayangkan Di Malaysia 27 Ogos Ini.

Filem thriller Tenet arahan Christoper Nolan akan memulakan tayanganya di 70 buah negara termasuk Malaysia mulai 26 Ogos ini. Pekara tersebut diumumkan studio Warner Bros. Isnin yang lalu.

Pengumuman tarikh tayangan ini memberi khabar gembira kepada pengusaha panggung wayang yang menantikan filem-filem besar seperti Tenet bagi menarik pelanggan, sekaligus menghidupkan kembali perniagaan mereka.

Hampir keseluruhan pawagam diseluruh dunia telah ditutup sejak pertengahan Mac yang lalu bagi membendung penularan wabak koronavirus. Kini, beberapa negara telah membenarkan pawagam untuk kembali beroperasi dengan kapasiti terhad serta melakukan langkah-langkah pencegahan.

Tenet digambarkan sebagai sebuah filem pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik yang sering digunakan Nolan dalam filem-filem arahannya. Nolan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment