Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi utama himpunan drama Melayu di Malaysia, Astro Prima dengan berbesar hati membariskan dua buah naskhah khas dari Singapura yang bertemakan cinta tulus penuh keinsafan berjudul ‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’ untuk mengisi slot Tiara di saluran 105 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai petang ini atau boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Menerusi paparan dua buah episod, intipati mesej telefilem istimewa ‘Cinta Ramadan’ mengangkat elemen keinsafan yang tidak kenal masa dan rupa. Kisah ini diterajui oleh Sharnaaz Ahmad yang mendukung watak utama sebagai Ramadan atau Danny, Nurul Nabila sebagai Natrah dan Fir Rahman sebagai Rizal. 

Manakala drama rantaian ‘Danny’ pula merupakan sekuel kepada telefilem ‘Cinta Ramadan’ yang menyaksikan perkembangan watak Danny dalam meniti kehidupan selepas berubah sekaligus membina hubungan cinta baharu. Sharnaaz Ahmad masih lagi dikekalkan untuk membawa watak yang sama di samping pengenalan watak-watak baharu yang dibintangi oleh Elfaezah Ul Haq, Nadia M Din, Dayang Balqis, Taufiq Salleh, Junaidi Sali dan Sarah Aqilah.

Telefilem ‘Cinta Ramadan’ berkisarkan tentang Danny, seorang pemuda yang berani dan seorang usahawan yang bijak, tetapi kehidupan dan kepercayaan hidupnya ditentang oleh bapanya yang alim, Ismail. Perbezaan pendapat antara mereka perlahan-lahan membawa kepada keputusan Danny untuk keluar dari rumah. Keputusan tersebut benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada ibunya.

Tidak lama kemudian Danny diberikan sebuah projek yang besar untuk digalas. Dia digandingkan dengan Natrah, seorang gadis muda yang telah menduga hubungan Danny dan rakan baiknya, Rizal. Apabila Danny dan Natrah diberi tugasan yang sama pada bulan Ramadan, Danny mula jatuh hati pada gadis yang kerap mencabarnya ini. 

Hubungan Danny dan Rizal terus berantakan dan membawa masalah kepada projek Danny, yang membawa kepada keretakan hubungan antara Danny dan Natrah dalam masa yang sama. Mampukah Danny keluar dari kemelut hidupnya ini?

Drama rantaian ‘Danny’ pula mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Danny selepas pemergian Natrah. Danny cuba untuk melupakan Natrah dengan melanjutkan pelajarannya sambil cuba memulakan perniagaan kecil. Dalam usaha untuk mengimbangi dua dunia tersebut, Danny jatuh hati pada Sarah, seorang usahawan muda yang bakal mengambil alih syarikat ayahnya. Sarah tidak tumpah seperti Natrah, setiap sisi dan perangainya mengingatkan Danny pada Natrah.

Sebaik Danny berjaya menandatangani sebuah kontrak yang lumayan, Danny berniat untuk menghantar ibu dan bapanya mengerjakan ibadah Umrah. Walau bagaimanapun, kejayaan perniagaan Danny membawa dirinya hanyut kembali ke kancah maksiat. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Liana, isteri kepada rakan baik Danny, Hosni. 

Hosni mula mengesyaki Danny sedang berselingkuh dengan isterinya. Perselisihan ini membawa kepada kehidupan Danny sekali lagi diambang kesusahan. Mampukah Danny menyimpan cinta Sarah dan kepercayaannya juga dalam masa yang sama. Adakah Danny bakal mengulangi dosa lamanya?

Jangan lepaskan peluang untuk menonton naskhah hebat ‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’ di slot Tiara di saluran 105 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang 

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

Leave a Comment